Tular semalam di media sosial Facebook Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang mendakwa pelakon senior Norish Karman kini berada di hospital dan sedang nazak.
Tidak dapat dipastikan sebab sebenar hantaran itu dimuat naik, anak sulung kepada pelakon Sayang Salmah itu tampil menafikan dan mendakwa berita itu tidak benar dan palsu.
Muhammad Haqiem Amany,22, menjelaskan bahawa ibunya kini sedang berada dalam keadaan baik dan sihat.
View this post on Instagram
“Semuanya okay saja. Ibu saya juga okay. Dia hanya membuat pemeriksaan biasa. Apa yang ditularkan itu tidak benar.”
Sehubungan dengan itu, Haqiem meminta pihak yang terlibat agar memberhentikan spekulasi negatif membabitkan ibunya itu.
Dia dalam pada itu turut memohon orang ramai agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat ibunya, Norish Karman.
“Tolong jangan sensasikan berita ini. Ibu saya akan sedih nanti.” ujarnya mengakhiri temubual bersama sebuah media.