Hari ini, pelakon jelita, Nora Danish menjadi bualan ramai susulan desas-desus mengatakan dirinya sedang hangat bercinta selepas memuat naik foto lelaki bercermin mata serta berkopiah di platform Instagram.
Ini identiti sebenar teman istimewa Nora Danish?
Berita tersebut sememangnya membuatkan ramai berasa gembira hingga ada yang berusaha mencari identiti sebenar lelaki yang didakwa bukan selebriti itu.
Hasil pencarian, netizen mendakwa lelaki berkenaan merupakan seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Mickey Ayo.
View this post on Instagram
Netizen serbu akaun Mickey
Mickey menjadi ‘sasaran’ netizen susulan memuat naik foto seakan-akan sama di platform Instagramnya dan Nora juga kelihatan sering meninggalkan tanda suka di hantarannya, sekaligus menguatkan andaian netizen bahawa kedua-dua individu ini sedang mengenali hati satu sama lain.
Susulan ramai merasakan Mickey merupakan teman istimewa aktres berkenaan, akaun media sosialnya telah diserbu oleh netizen yang ingin mengetahui status sebenar mereka.