Penyanyi popular, Ernie Zakri menafikan dakwaan dirinya kini berbadan dua selepas penampilannya di Konsert Aura di Singapura baru-baru ini.
Memetik laporan Xtra, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, kekeliruan itu berpunca daripada potongan busana yang digayakannya pada malam tersebut.
Saya tak hamil. Tapi, saya tak pernah tolak rezeki jika Allah nak bagi anak kedua. Doakanlah yang baik-baik.
Setakat ini, ini hanyalah baby bump makanan. Mungkin rekaan baju dari pereka feseyen Amaze sedikit kembung di bahagian depan.
Kata Ernie, peminat sering teruja dengan khabar seperti itu meskipun tiada pengesahan rasmi.
Dalam pada itu, Ernie turut mengakui dia sedikit terkesan apabila penampilannya ditegur oleh segelintir netizen yang mengaitkan perubahan fizikalnya dengan isu berat badan.
Awal-awal dulu memang saya terkesan juga. Tapi saya cuba untuk pandang dari sudut yang lebih positif.
Orang kata saya gemuk, tapi saya rasa biasa je. Mungkin sebab busana tu yang buat saya nampak begitu.
Tambah Ernie, sebagai wanita berhijab, pemilihan fesyennya kadang-kala terbatas.
Memang bila kita berhijab, kita ada batasan dalam bergaya. Tapi saya percaya niat Amaze cuma nak berikan yang terbaik, saya rasa cantik je malam tu.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.