Pelawak dan isterinya dilaporkan telah ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah ALam menerusi aplikasi Telegram.
Telefon bimbit kedua-duanya turut dirampas bagi tujuan membantu siasatan.
Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Seksyen 9 jam 7 malam semalam.
Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Tular di aplikasi Telegram sebelum ini mengenai penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.