Didakwa Sebar Fitnah, Puteri Sarah Bakal Saman Pegawai Pemasaran – “Kita Tak Cari Publisiti, Kita Guna Saluran Betul”

Hiburan

Didakwa Sebar Fitnah, Puteri Sarah Bakal Saman Pegawai Pemasaran – “Kita Tak Cari Publisiti, Kita Guna Saluran Betul”

Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia bakal memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan mereka.

Wanita berkenaan telah ditemu bual program Melodi baru-baru ini di mana dia telah menepis dakwaan Puteri Sarah sebelum ini berkenaan pecah amanah.

Advertisement

3 months ago

"Dia Kena Ingat Dia Pun Ada Hutang Dengan Saya" - Pegawai Pemasaran Dakwa Dituduh Pelakon Wanita Popular

 

Akan jumpa peguam

Menerusi Instagram, Sarah memuat naik satu gambar mempamerkan dirinya berjumpa dengan peguam dan difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Kita tak cari publisiti. Kita guna saluran yang betul.

puteri sarah

 

Belum boleh ulas panjang

Aktres berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak dapat memberi komen yang panjang dan meminta agar dia menyelesaikan langkah pertama ini dahulu.

Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokumen ke mahkamah.

Terdahulu, Sarah berkata dia menjalinkan kerjasama dengan pegawai tersebut sejak Oktober tahun lalu namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.

Katanya, bisnes yang dirancang itu adalah pemasaran produk dan Sarah turut mendakwa terpaksa merayu untuk mendapatkan semula wang miliknya.

puteri sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...