Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia bakal memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan mereka.
Wanita berkenaan telah ditemu bual program Melodi baru-baru ini di mana dia telah menepis dakwaan Puteri Sarah sebelum ini berkenaan pecah amanah.
Akan jumpa peguam
Menerusi Instagram, Sarah memuat naik satu gambar mempamerkan dirinya berjumpa dengan peguam dan difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
Kita tak cari publisiti. Kita guna saluran yang betul.
Belum boleh ulas panjang
Aktres berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak dapat memberi komen yang panjang dan meminta agar dia menyelesaikan langkah pertama ini dahulu.
Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokumen ke mahkamah.
Terdahulu, Sarah berkata dia menjalinkan kerjasama dengan pegawai tersebut sejak Oktober tahun lalu namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.
Katanya, bisnes yang dirancang itu adalah pemasaran produk dan Sarah turut mendakwa terpaksa merayu untuk mendapatkan semula wang miliknya.