Didakwa Salah Seorang Dari 10 Escort Girl, Tasha Shila Serahkan Pada Peguam

Hiburan

Didakwa Salah Seorang Dari 10 Escort Girl, Tasha Shila Serahkan Pada Peguam

Beberapa minggu lalu, kecoh dunia hiburan tanah air apabila suratkhabar Harian Metro membuat pendedahan kewujudan 10 orang selebriti wanita tempatan yang menjadi ‘escort girl’ kepada VVIP di Malaysia. Disebabkan tiada nama yang didedahkan, orang ramai mula membuat serkap jarang berdasarkan pemerhatian sendiri. Menariknya, rancangan Melodi semalam telah menemubual Tasha Shila atas dakwaan diri pelakon itu adalah salah seorang daripada 10 escort girl tersebut.

tasha shila

Advertisement

Agak pelik juga apabila nama Tasha Shila naik. Iyerlah, Tasha Shila ada kekasih yang sentiasa berkepit dengannya, banyak tawaran lakonan dan menjadi duta produk. Tak ada ciri-ciri seorang ‘escort girl’ yang selalunya terpaksa membuat kerja tersebut kerana kesempitan wang. Ternyata di Melodi semalam Tasha Shilla sendiri terkejut dengan soalan yang dikemukan. Kata Tasha:-

Tasha agak terkejut dengan perkara ini. Ini benda sensitif dan Tasha tak mahu komen apa-apa. Tasha akan serahkan hal ini kepada peguam. Zaman sekarang ini, manusia sendiri yang goyangkan pokok. Tak ada angin pun pokok boleh bergoyang. Sendiri kena ingat.

Hubungan Tasha dan kekasih tidak tergugat dengan benda-benda macam ini. Setiap 24 jam dia akan bersama Tasha sampai orang meluat tengok. Tasha cari rezeki yang halal. Doakanlah Tasha.

tasha shila

Kesian kat Tasha Shila terpalit dengan perkara sebegini. Sedikit sebanyak pasti mencemar nama baiknya. Diharap Tasha Shila bersabar. Biasalah. Ini asam garam kehidupan seorang selebriti. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Orang lain nak kata apa, pedulikanlah. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...