Didakwa Sabotaj Pekerja, Kakitangan Rayani Air Sedia Ambil Tindakan Saman

Trending

Didakwa Sabotaj Pekerja, Kakitangan Rayani Air Sedia Ambil Tindakan Saman

rayani-air_staff_600

Kakitangan Rayani Air bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu, jika tiada keputusan dibuat berhubung tunggakan gaji mereka, hari ini.

Advertisement

Menurut laporan FMT, seorang kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah itu yang dipetik Utusan Malaysia berkata, tindakan itu akan diambil terhadap pemilik syarikat itu, Ravi Alagendrran atas dakwaan mensabotaj pekerja.

Beliau berkata, mereka sudah membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan satu lagi perjumpaan akan diadakan hari ini.

“Jika tiada maklum balas daripada pihak Ravi, kami terpaksa membuat tindakan susulan untuk saman.

“Gaji bulan Mac yang sepatutnya masuk pada 28 Mac belum dapat dan ini bukan kali pertama mereka lambat bayar gaji kami,” katanya ketika dihubungi akhbar itu, semalam.

Kakitangan yang tidak dinamakan itu turut kesal dengan sikap tidak profesional Ravi yang didakwa tidak mahu menemui mereka, selain menyalahkan kakitangan atas masalah teknikal.

“Masalah timbul apabila beliau yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini membuat peraturan sendiri dan melanggar undang-undang penerbangan yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Beliau enggan mendengar nasihat kakitangan yang sudah lama berada dalam bidang penerbangan dan akhirnya banyak penerbangan terjejas,” katanya.

Kakitangan terbabit turut mendakwa memiliki bukti rakaman suara, video dan perbualan Ravi dengan salah seorang kakitangan menerusi aplikasi Whatsapp yang menunjukkan beliau menyalahkan pekerja atas segala masalah.

Sementara itu, Ravi memberi jaminan pembayaran semula tiket penumpang terjejas dapat diselesaikan seawal-awalnya bulan ini.

Beliau juga yakin syarikat itu dapat meneruskan operasinya dan penstrukturan semula pengurusan syarikat terbabit, selepas tamat tempoh penggantungan.

Kelmarin, DCA menggantung sementara operasi Rayani Air selama tiga bulan dan syarikat berkenaan diminta memperbaiki operasinya sepanjang tempoh itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...