Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Rasis, Samantha Mohon Maaf

samantha miss universe malaysia rasis isu perkauman

Dikecam teruk oleh netizen selepas tindakannya memuat naik pandangan peribadi mengenai insiden rusuhan di Amerika Syarikat, bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James tampil memohon maaf berikutan kenyataanya yang dianggap keterlaluan dan bersifat perkauman.

samantha miss universe malaysia 2017 rasis

Advertisement

Menerusi ruangan di Instagram, Samantha dikhabarkan telah mengguris hati ramai pihak. Susulan itu, dirinya sedar dan memohon maaf atas kesalahannya.

Samantha dilihat memberikan pencerahan mengenai isu yang mendakwa dirinya rasis dalam satu perkongsian di laman Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by @samanthakayty

Advertisement

Bercakap berkenaan komen “black people choose to be black” dan “to the black people, relax, take it as a challenge, it makes you stronger”, Samantha akui yang dirinya gagal menyampaikan mesej dengan baik kepada para pengikut.

Menurutnya, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari. Mengakui tindakan sebelum ini ada satu kesalahan, beliau kini akan memastikan segala yang disampaikan adalah dengan cara yang betul.

Walau bagaimanapun, ruangan komen di posting tersebut ditutup Samantha supaya entri berkenaan tidak dihujani sebarang kata-kata daripada pengikut.

samantha miss universe malaysia 2017 rasis

Advertisement

Tempoh hari, gadis kacukan Cina tempatan dan Brazil ini mengakui yang dirinya menanti keadaan reda sebelum memberikan kenyataan penuh.

Lebih perit, selain dikecam oleh warganet, meninjau ke akaun Instagram Samantha, wakil Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat ini telah tiada “verified badge” di akaunnya. Perkara itu secara tidak langsung menandakan Instagram telah menarik semula pengiktirafan tersebut.

Sebelum ini rata-rata pengikut meminta agar orang ramai bersepakat membuat laporan ke atas akaun Samantha malah wujud juga netizen yang seakan menggesa agar akaun Instagramnya ditutup.

Terdahulu, Samantha difahamkan menyentuh isu berbaur perkauman yang melibatkan golongan berkulit hitam, kenyataannya itu sekali gus mendapat perhatian seluruh dunia dan bertindak menghentam tindakan Samantha.

Advertisement

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. cookies

    June 3, 2020 at 3:15 pm

    acah2 woke konon, menyampah.

  2. Anonymous

    June 3, 2020 at 2:37 pm

    kahhhhhhh padan muko

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top