Didakwa Pukul Isteri, Suami Terpaksa Beraya Di Sebalik Tirai Besi

Kehidupan

Didakwa Pukul Isteri, Suami Terpaksa Beraya Di Sebalik Tirai Besi

Seorang suami yang juga penagih dadah dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau dan terpaksa beraya di sebalik tirai besi selepas disabitkan kesalahan mencederakan isterinya.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berusia 36 tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di FELDA Palong Dua, jam 9 malam pada 1 Mei lalu.

Advertisement

Majistret Muhammad Hidayat Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Salam Abdullah, 30, dari FELDA Palong Dua selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

(Gambar hiasan) penjara

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, berlaku pertengkaran mulut di antara tertuduh dengan isterinya sebelum tertuduh menarik rambut, mencekik leher serta menumbuk bahu sebelah kiri isterinya itu.

Kejadian berlaku selepas isteri tertuduh enggan memberikan wang diminta bagi membeli dadah menyebabkan tertuduh berang dan menuduh isterinya curang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...