Didakwa Pukul Anak, Usahawan Kosmetik Dan Suami Ditahan Polis

Trending

Didakwa Pukul Anak, Usahawan Kosmetik Dan Suami Ditahan Polis

Tular sebelum ini kejadian yang mana seorang usahawan kosmetik yang mengaku secara live tidak suka menunaikan solat ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa memukul anaknya akibat berang dengan status WhatsApp yang dimuat naiknya.

Remaja perempuan berusia 16 tahun itu dipukul di rumahnya di Kampung Pauh, Pasir Mas pada pukul 4.30 petang semalam dan dipercayai bapa tirinya yang berusia 33 tahun itu juga turut memukul mangsa.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, siasatan mendapati kejadian berpunca disebabkan oleh status yang dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi mangsa oleh kerana tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kesan daripada insiden itu menyebabkan mangsa mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.

Tambahnya lagi, apabila mangsa keluar daripada bilik, ibunya yang berusia 33 tahun terus memarahi remaja itu dan dia dipercayai diheret oleh bapa tirinya sebelum menampar mangsa beberapa kali pada bahagian pipi.

Wanita berkenaan bertindak memukul mangsa menggunakan tangan kepada kepala mangsa dan kemudian cuba memukul mangsa dengan kayu hoki sebelum remaja itu sempat melarikan diri.

Advertisement

Menurut Mohd. Nasaruddin, siasatan yang dijalankan mendapati status yang dimuat naik oleh mangsa telah pun dipadamkan.

Bagaimanapun, tiada sebarang ugutan jenayah yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa tirinya semasa kejadian berlaku.

Mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama suami, ibu dan bapa tirinya di rumah tersebut telah menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru.

Walaubagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...