Baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz telah didakwa oleh segelintir netizen bahawa dia merupakan peserta kegemaran pihak Astro kerana sering diberi lagu yang mudah untuk dinyanyikan.
Aliff atau nama lengkapnya Muhammad Aliff Aziz berkata, dia tidak mempunyai kebebasan atau hak memilih lagu untuk dinyanyikan pada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sebaliknya menerima tugasan itu daripada pihak produksi.
Menurut Aliff, 30, mungkin isu ini timbul kerana ada yang terfikir kenapa dia diberikan lagu-lagu begitu.
Sama seperti peserta lain, saban minggu kami menerima tugasan dan lagu daripada pihak produksi.
Jelas penyanyi lagu Sayang Sayang itu, pada minggu ketiga dia perlu menyanyikan lagu Jinbara yang ternyata berbeza dengan genre nyanyiannya.
Saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan. Cuma kalau kita lihat semula graf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta.
Terdahulu, isterinya Bella Astillah turut meluahkan rasa kurang senang dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa suaminya sebagai peserta kegemaran pihak Astro.