Pengacara terkenal, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tular video mendakwa dirinya mempermainkan agama. Dalam video tular itu, Azwan terlebih dahulu ditanya mengenai persediaan menghadapi malaikat Munkar dan Nakir. Dia kemudiannya memberi jawapan spontan yang dianggap keterlaluan oleh orang ramai.
Lebih mengecewakan apabila penyampai radio turut tertawa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu. Difahamkan insiden berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Video viral ini bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan teguran. Jelas PU Syed, perbuatan itu adalah melampau, sesat dan memalukan agama tidak kiralah sama ada dia bergurau ataupun tidak. Malah, malaikat bukanlah makhluk yang boleh dibuat gurauan atau sendaan.
View this post on Instagram
Persoalan malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.
Dalam hantaran itu, PU Syed turut menegur penyampai radio yang menjadikan soalan berkaitan agama itu sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Munkar dan Nakir untuk pengajaran bersama.
PU Syed juga memohon pengacara ini supaya bertaubat dengan segera di atas ketelanjuran yang telah dilakukan. Difahamkan, video tular ini adalah video lama dan dirakam lebih setahun yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
syah
August 21, 2021 at 10:15 pm
jika isu melibatkan mempersendakan agama atau hina agama, semua kena bersuara protes sbb kalau x org anggap redha. Mcm kes Natrah dulu sampai ramai protes krn ditukar agamanya. sbb masa tu org islam sensitif dgn agama mrk.
Anonymous
August 16, 2021 at 11:05 am
OKLETSGO bukan stesen radio nasional Singapura. Stesen radio nasional Singapura berbahasa Melayu ialah RIA 89.7FM dan WARNA 94.2FM
anonymous
August 15, 2021 at 4:43 pm
baik jaga iman memasing sebab kalau terdetik walau sikit pun niat nak mengata dan mungkin terjadinya fitnah
terhadap diva aa korang dah kumpul dosa sebab siapa lah kita nk adili diva aa lagi pun kita tak tahu niat diva mungkin beliau dan rakan tersebut cuma berseloroh dan kalau betul beliau dan rakan salah biar diadili oleh yang maha esa bukan kita atau agamawan dan ustad sekelian
Undang2 Lemah
August 15, 2021 at 12:53 pm
Aku peratikan tak da sorang makhluk bernama Ostad pun tegur bunyi motor bingit menyakitkan hati. Buat orang stress!!! TAK ADA! Ni masalah lagi besar. Cikgu2 pun tak ada nak sambungkan sel otak2 bebudak pasal ni. Kalau dah nak mati, mati aje walaupun bunyi sampai 20km. Hormatlah org lain. Aku kat rumah hari2 menyumpah especially time peak hour. Org melayu je yg suka mendatangkan masalah ni. Yg so agamawan sebok paranormal lah, malaikat lah…ni yg syaithon topeng manusia ni ape citer? Bisinggg.
Leylla Elskens
August 15, 2021 at 7:28 am
Wartawan ataupun sesiapa saja tak sepatutnya menulis tentang diva AA ni lagi kerana beliau selalu memberikan pengaruh yg tidak baik trhdp masyarakat terutamanya yg beragama islam. sebagai contoh kata2 cacian beliau yg sgt tdk sensitive. Semoga suatu hri tuhan akan bukakn pintu hatinya untuk menuju ke arah kebaikan. Amin.