Didakwa Perli Baju Sophia ‘Kampung’, Bella Astillah Nafi ‘Jealous’ Dengan Penyondol

Hiburan

Didakwa Perli Baju Sophia ‘Kampung’, Bella Astillah Nafi ‘Jealous’ Dengan Penyondol

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah seolah-olah memerli wanita yang pernah terkait dengan kontroversi rumah tangganya di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah dilihat memuji pakaian Janna Nick di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABPH35).

Advertisement

Janna cantik sangat baju nampak sangat elegan.. macam tuan puteri. Baju dia tak kampung.com..

Susulan itu, timbul dakwaan mengatakan pelakon berusia 29 tahun itu sebenarnya menyindir pakaian yang digayakan oleh pelakon, Sophia Albarakbah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Bagaimanapun, Bella tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak menujukan hantaran tersebut kepada mana-mana pihak.

Memang apa yang saya upload tak ada kena mengena dengan sesiapa.

Dalam pada itu, isteri kepada Aliff Aziz itu berkata orang ramai akan sentiasa cuba untuk mengaitkan dirinya dengan Sophia.

Saya tak boleh kawal pemikiran orang, itu hak masing-masing.

Namun, Bella tidak mengambil hati dengan perkara tersebut kerana masih ramai peminat yang sentiasa mendoakan rumah tangganya bersama suami.

Saya tak rimas, ramai yang ambil berat.. siap ada yang mendoakan rumah tangga kami dilindungi Allah SWT.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah sindir
1 year ago

"Baju Dia Tak Kampung.com.." - Puji Gaun Janna Nick, Bella Astillah 'Perli' Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...