Didakwa Pergi Kelab Malam Di Indonesia Tak Bertudung, Ini Respon Fazura – “Saya Tak Pernah Cakap Saya Terpaling Solehah”

Hiburan

Didakwa Pergi Kelab Malam Di Indonesia Tak Bertudung, Ini Respon Fazura – “Saya Tak Pernah Cakap Saya Terpaling Solehah”

Tiada angin tiada ribut, tidak semena-mena ada pula dakwaan yang timbul mengatakan pelakon dan usahawan terkenal Fazura mengunjungi kelab malam.

Dakwaan itu mengatakan, isteri kepada Fattah Amin telah ke kelab malam tanpa memakai tudung ketika melancong ke Indonesia baru-baru ini.

Advertisement

Bagaimanapun, ketika ditanya pelakon berusia 40 tahun itu berkata dia enggan memberikan komen panjang namun akui terkejut dengan dakwaan tersebut.

Saya pun sebelum ini tak pernah kata saya terpaling solehah, tiada kenyataan sebelum ini saya kata saya mengaji dan solat setiap hari.

Fazura

Tambah Fazura, setiap hari dia berusaha untuk ke arah yang lebih baik dan istiqamah dalam apa yang dilakukannya dan dakwaan tersebut dianggap satu tuduhan yang berat terhadapnya.

Akui ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia memang suka muzik dan menari namun sejak berimej muslimah ini dia berhibur hanya di pusat karaoke bersama kawan.

Saya memang ada kongsi di IG saya pakai hoodie dan topi tapi kalau pergi clubbing itu tuduhan yang berat, sejujurnya tak ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

bday
7 months ago

"'Circle' Kawan Saya Semakin Kecil" - 'Birthday' Fazura Disambut Besar-Besaran, Rakan Artis Sanggup 'Spend' Duit Buat Kejutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...