Pelakon Shakilla Khoriri mengajak seorang individu dikenali sebagai Aswad untuk bersemuka selepas lelaki itu membuat dakwaan berkenaan rumah tangganya.
Terdahulu, lelaki tersebut mendakwa aktres tersebut telah merampas suami kepada rakannya dan menyindir Shakilla ‘konon suci’.
View this post on Instagram
Berang dengan tuduhan tersebut, Shakilla menerusi Instagram story telah menyeru lelaki tersebut dan memintanya membalas mesej diberikan menerusi DM.
Hello, reply DM saya please. Nak sembang pasal laki kawan you tu. Banyak nak sembang berserta bukti ni, sebab i ni malas nak sembang takde bukti. Tak sembang tin kosong.
Jelas Shakilla, dia lebih memilih untuk bersemuka kerana tidak gemar untuk membalas komen orang yang mengakui serba tahu tentang kehidupannya.
Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis. Sembang tin kosong, lain kali jangan menyibuk hal orang. Jangan nak jadi yang paling tahu hal orang lain.
Individu berkenaan telah meninggalkan komen sebegitu menerusi hantaran Shakilla baru-baru ini yang menunjukkan dia dan suami hadir dan memberi sokongan kepada anaknya, Ameena Sofia pada hari sukan sekolah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.