Usahawan pizza wagyu sensasi iaitu Jofliam menafikan bahawa dirinya tidak menjaga kebersihan sewaktu menghantar pizza kepada pelanggan di sebuah tempat letak kereta.
Jofliam menegaskan tukar sarung tangan baru setiap masa
Melalui hantaran di Instagram Storynya, Jofliam atau nama sebenar, Muhammad Syuhaimi Haji Abdul Jofli menegaskan dia tidak menggunakan sarung tangan yang sama untuk masa yang lama.
Katanya, dia akan berulang kali menukar sarung tangan baru setiap kali membuat penghantaran pizza kepada pelanggan.
Kereta yang sama, sarung tangan berbeza. Banyak sebenarnya saya tukar, itu tidak termasuk tisu basah dan lap tangan.
Didakwa ‘pengotor’ guna sarung tangan sama lap peluh
Jofliam membuat penerangan sedemikian selepas ada yang mendakwa dia menggunakan sarung tangan sama untuk mengendali pelbagai perkara, termasuk membetulkan karpet merah dihadapan kedai.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian video di platform Threads, Jofliam dilihat menggunakan sarung tangan sama dengan mengelap peluh di wajahnya.