Didakwa ‘Pantang’ Ditegur, Iddin Ramli Buka Mulut Isu Terlajak Berdoa – “Kutuk Saya Macam Bawa Fitnah Besar Pada Agama”

Kehidupan

Didakwa ‘Pantang’ Ditegur, Iddin Ramli Buka Mulut Isu Terlajak Berdoa – “Kutuk Saya Macam Bawa Fitnah Besar Pada Agama”

Didakwa ‘pantang’ ditegur, pempengaruh media sosial Iddin Ramli tampil mempertahankan diri selepas menerima kritikan susulan bacaan doa dalam satu program siaran langsung yang didakwa berlebihan serta tidak mengikut adab.

Kontroversi itu timbul apabila terdapat pihak yang menuduh beliau sengaja menunjuk-nunjuk ketika memimpin doa di majlis berkenaan, sekali gus menyifatkan tindakannya sebagai tidak bersesuaian dengan situasi program tersebut.

Advertisement

“Saya berdoa pun awak kutuk, seolah-olah saya bawa fitnah besar pada agama. Ramai cakap saya nak menunjuk-nunjuk dan tak belajar adab,” katanya menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Menurut Iddin, beliau hanya menyedari diberikan slot untuk membaca doa pada saat akhir ketika dalam perjalanan ke studio dan tidak sempat membuat persediaan rapi.

iddin ramli

“Saya baru perasan saya ada slot untuk berdoa. Saya tak sempat buat persediaan sangat,” ujarnya.

Mengulas dakwaan kononnya doa tersebut terlalu panjang, beliau menegaskan tempoh bacaan itu sekitar dua minit sahaja dan bukannya seperti yang digambarkan segelintir pihak.

“Kalau masa diperuntukkan satu minit dan saya berdoa dua minit, mungkin nampak panjang. Saya sendiri tak pasti tempoh sebenar sebab tak tengok episod sebelum ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, sebelum memulakan doa, dia ada bertanya sama ada boleh membacakan doa secara sederhana dalam tempoh kira-kira dua minit dan menyangka ia bukan satu isu besar.

Bagaimanapun, ketika sedang berdoa, Iddin memaklumkan beliau menutup mata dan tidak menyedari pengurus program telah memberikan isyarat supaya menghentikan bacaan tersebut.

“Tapi tak perlulah cakap macam saya musuh agama atau membawa kehancuran,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita
2026-02-25 10:54:05

Bangga Minum Air Sambil 'Live' Di Bulan Ramadan, Wanita Muslim Ditahan JHEAINS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...