Didakwa ‘Over’ & Tak ‘Rileks’, Ina Naim Tampil Bersuara – “Kadang Tak Perasan Dan Tak Sengaja Nak Buat..”

Hiburan

Didakwa ‘Over’ & Tak ‘Rileks’, Ina Naim Tampil Bersuara – “Kadang Tak Perasan Dan Tak Sengaja Nak Buat..”

Berhubung dengan isu didakwa berlebihan di dalam program realiti, Talk To My Manager (TTMM), baru-baru ini, isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tampil mengakui kesilapan diri.

Akui khilad diri sendiri, berlapang dada terima komen netizen

Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, dia berlapang dada menerima teguran daripada netizen, sekaligus memohon maaf dengan keterlanjurannya.

Advertisement

Saya ini manusia biasa kadang-kadang tak perasan dan tak sengaja nak buat tapi Allah izinkan perkara itu sebab nak tegur saya.

@502_712forever Bila ibu jadi manager kepada anak..nak tak nak memang akan back up juga.. Daripada ibu yang lemah lembut,kena bertegas demi tugas sebagai manager dalam #talktomymanager #inanaim #hadie #fyp #astrogempak ♬ original sound – Kochi✨

Dalam pada itu, Ina berkata dia sama sekali tidak mengambil hati dengan setiap komen daripada netizen, memandangkan ia berlaku kerana kekhilafan diri sendiri.

“Minta jangan kaitkan pihak tak sepatutnya..”

Namun begitu, wanita berkenaan berharap agar warganet tidak mengaitkan nama mana-mana pihak atau kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

Tapi saya minta jangan kaitkan dengan pihak yang tidak sepatutnya seperti Mawi dan Ekin. Saya ambil semua komen yang positif.

ina naim
2025-09-01 11:25:57

"Sarimah Sampai Perli Dia.." - Potong & Lawan Cakap Juri TTMM, Netizen Minta Ina Naim Kawal Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...