Pelakon Riena Diana mencuri perhatian netizen di media sosial selepas menampakkan ‘benjolan’ pada pakaian yang digayakannya ketika hadir ke acara Anugerah Bintang Popular BH ke 34 (ABPBH34) Sabtu lalu.
Riena menjelaskan ‘benjolan’ yang timbul pada bahagian dadanya adalah bentuk jahitan baju dan bukan menonjolkan bahagian tubuh seperti didakwa segelintir pihak.
Pada mulanya, saya menerima mesej daripada peminat berhubung pakaian itu. Tegurannya juga berhemah, malah dihantar secara peribadi untuk menasihati saya.
Namun, Riena berkata lama-kelamaan perkara itu menjadi tular di media sosial dan menjadi bahan pergaduhan dalam kalangan netizen.
Ada yang membela saya dan ada juga yang menegur kerana berpakaian tidak senonoh ketika acara anugerah secara langsung.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Kampung People itu mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi. Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak senonoh, tetapi sebenarnya itu adalah bentuk ‘dart‘ pakaian itu.
Dikesempatan itu, Riena turut minta maaf andai ada yang terasa hati atau tersinggung dengan gaya pemakaiannya pada malam itu. Dia akan mengambil langkah berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi.