Didakwa Mengekploitasi Hak Gadis Obesiti, Aliff Syukri Bakal Jawab Tuduhan Wani Comel

Hiburan

Didakwa Mengekploitasi Hak Gadis Obesiti, Aliff Syukri Bakal Jawab Tuduhan Wani Comel

Didakwa mengekploitasi seorang gadis obesiti, usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil menjelaskan pihaknya akan mendedahkan setiap bukti perbualan dan surat perjanjian dalam menentukan tindakan susulan pada Isnin ini.

Advertisement

Katanya, beliau kini sudah penat kerana ramai pihak seakan habis-habis mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aliff menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Ni saya cerita sikit je tau, nak tahu secara terperinci semua rakaman suara dan agg (aggreement) kita tunggu Isnin ni dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Penatlah layan orang-orang ni. Saya nak niaga tau. Saya tak kacau orang.”

Tidak ketinggalan, selain menyerunya untuk berusaha sendiri bagi mencari rezeki, Aliff juga turut berterima kasih kepada gadis berkenaan.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang, sudah boleh berjalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila.”

Terdahulu, kecoh apabila Wani Comel yang pernah tular kerana berdepan masalah berat badan hampi 300kg tampil memaklumkan kepada umum bahawa dirinya dimanipulasi usahawan kosmetik terkenal.

Kata Wani pada sidang akhbar, selain haknya sebagai duta produk pelansingan dinafikan, selebriti media sosial itu khabarnya turut mengalami tekanan emosi kerana dimalukan pihak berkenaan.

Ujar Wani lagi, beliau ingin menuntut pampasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.

Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Sumber: Utusan Malaysia, Mstar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...