Didakwa ‘Menempel’ Segala Isu, DS Vida Nak Jadi Penasihat Rina Harun Pula!

Hiburan

Didakwa ‘Menempel’ Segala Isu,  DS Vida Nak Jadi Penasihat Rina Harun Pula!

Kembali menjadi perhatian, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida kali ini didakwa netizen sering ‘menempel’ atau menumpang publisiti atas setiap isu dan perkara yang menjadi tular di media sosial.

DS Vida
2 years ago

DS Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik, Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Advertisement

Namun, ujar DS Vida, dia menjelaskan bahawa statusnya sebagai personaliti media sosial menuntutnya untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku dalam negara.

Ini berikutan tindakan DS Vida memuat naik foto memaparkan dia bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di Instagram sekaligus telah menjadi bahan bualan dan umpatan netizen.

Saya selebriti kontroversi, isu viral sentiada ada kaitan dengan saya..macam isu siakap kebetulan saya ada di Langkawi, dah alang-alang saya post la. Bukan saya sengaja terbang ke sana untuk publisiti.

Macam isu YB Rina Harun, kami memang kenal antara satu sama lain. Dah kebetulan bergambar bersama jadi saya post saja la, bukan nak ambil kesempatan.

Terdahulu, dalam fotonya itu, DS Vida menulis kapsyen meminta agar pengguna media sosial tidak menulis komen negatif terhadap ahli politik itu.

Susulan itu, ramai pula warga maya yang menganggap DS Vida sering mengambil kesempatan untuk mencelah dalam setiap isu yang hangat diperkatakan netizen.

Malah, DS Vida juga berseloroh menawarkan diri untuk menjadi penasihat media sosial kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

Katanya lagi, dia tidak berniat untuk mengambil kesempatan atau bersikap ‘bodek’ tetapi mengakui YB Rina seorang yang sangat baik dan mempunyai pelbagai rancangan terhadap wanita terutamanya kepada ibu tunggal namun isu seperti itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya sebagai seorang ahli politik.

“Bukan saya nak ‘back up’ dia tapi itu la hakikatnya..mungkin dia tak ada penasihat media sosial jadi bagi saya la jadi penasihat dia.” ujar DS Vida.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...