Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini menegaskan dia tidak mahu memikirkan tentang dakwaan terhadap dirinya berkaitan isu memasuki sebuah kelab gay semasa berada di Itaewon, Korea Selatan atas urusan kerja baru-baru ini.
Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata, mungkin fitnah itu timbul kerana banyak pihak tidak tahu tujuan sebenar dirinya berangkat ke Korea sekitar awal November lalu.
Menurut Hael, 34, dia termasuk beberapa rakan artis lain yang terlibat dalam program Master In The House Malaysia, mereka tidak dibenarkan untuk beritahu pada umum.
Allahuakbar… Mungkin benda itu terjadi kerana orang tak tahu kenapa kita berada di sana.
Jelas penyanyi lagu Kelentang Kelentong itu, dia enggan menjadikan hal itu sebagai satu punca untuk dirinya hilang fokus untuk menjayakan program tersebut di sana.
Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Saya serahkan kepada pengurusan saya dan rasanya, mereka lebih pakar dalam mengendalikan hal seperti ini.
Terdahulu, pengurusan Hael Husaini bercadang mengambil tindakan terhadap seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan yang dikatakan memfitnah penyanyi terbabit berhibur di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon baru-baru ini.