Pelakon dan pengacara, Janna Nick baru-baru ini telah memuat naik hantaran video di laman Instagram membalas komen dari seorang pengguna media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan telah mendakwa Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner semakin berisi sekaligus menjadi punca perpisahan dengan bekas kekasih, Dini Schatzmann.
“Makin gemuk patut la jantan tu lari,” tulis pengguna tersebut.
Tampil membalas komen, penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat tidak melatah dengan komen pedas yang diberikan, malah terus melakukan senaman di dalam sebuah bilik hotel.
Hmm kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap. Tapi takpe… orang prihatin.
Menurut Janna, dia tidak mempunyai masalah dengan badan yang berisi kerana boleh diselesaikan dengan bersenam.
So kita exercise la eh. Gemuk boleh kurus.. tak ada masalah. Bagi saya 1 week okay.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberi kata-kata semangat buat pengacara rancangan Famili Duo itu dan mengecam kenyataan individu berkenaan.
Malah, mereka turut mengatakan bahawa badan berisi bukanlah menjadi satu masalah dalam sesuatu perhubungan sebaliknya ia bergantung kepada hati masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.