Didakwa Langgar Kontrak, Nelydia Senrose Berdepan Hukuman Saman RM160,000

Hiburan

Didakwa Langgar Kontrak, Nelydia Senrose Berdepan Hukuman Saman RM160,000

Didakwa melanggar kontrak sebagai duta pada tahun lalu, pelakon jelita Nelydia Senrose disaman pihak syarikat produk kosmetik tekemuka tanah air, Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

nelydia senrose disaman rm1600000

Advertisement

Menurut pengarah urusannya, Mandy Leong Chen Mun, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebnayak RM160,000 sebagai ganti rugi daripada pelakon tersebut.

Kata Mandy, sebanyak RM102,000 telah dibayar kepada Nelydia bagi tujuan mempromosikan produk berkenaan. Namun, kakak kepada aktres Uqasha Senrose ini dikhabarkan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai duta dan sekali gus pihak Chriszen mengganggap bayaran berkenaan tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan.

nelydia senrose disaman rm1600000

“Sebaik dia (Nelydia) bersetuju dengan kontrak syarikat kami sebagai duta, saya sudah membayarnya sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh.”

Menurut Mandy, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama sebaiknya kerana hanya terbabit dengan satu sesi fotografi sahaja dan gagal melaksanakan kerja yang lain.

“Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu.”

Prosiding perbicaraan hari pertama kes itu dijalankan hari ini di hadapan Hakim Shamsuddin Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

nelydia senrose disaman rm1600000

Bagaimanapun, disoal berkenaan kes ini kespada Nelydia, dirinya yang hadir bersama suami di mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan berkenaan dan menyerahkan sahaja segalanya kepada pihak mahkamah.

“Maaf saya tak boleh komen apa-apa mengenai kes ini kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.”

Advertisement

Dalam pada itu, perbicaraan seterusnya akan disambung pada 16 Julai depan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 9, 2020 at 12:49 am

    “Namun, kakak kepada aktres Uqasha Senrose ini…”

    Bukan Nelydia ke yg adik??

Loading...