June 13th, 2018

Penyanyi rap Caprice yang cukup terkenal dengan tagline ‘Bang, Bang’ antara selebriti yang peka dengan isu semasa dan sering meluahkan pendapat beliau dengan cara yang bersahaja menerusi video di Instagram. Aktif memberikan ceramah berunsur motivasi di sekolah-sekolah dan universiti, Caprice kini menjadi sumber inspirasi dan idola ramai.

Namun, baru-baru ini timbul isu mengenai Caprice yang tidak keluar mengundi pada PRU14 lalu. Netizen menyifatkan beliau hanya pandai berkata-kata di media sosial sahaja ataupun dalam erti kata lain hanya beromong kosong.

Menerima pelbagai komen daripada netizen, Caprice telah tampil membidas setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya, tetapi cara beliau itu agak kasar.

Ada yang mula mendakwa cara Caprice itu seakan mengamalkan buli siber sedangkan beliau dan beberapa selebriti lain terlibat dengan kempen menangani dan memerangi gejala buli siber. Rata-rata netizen sudah mula tidak gemar dan hilang hormat pada Caprice.


Kita pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan mungkin juga Caprice mempunyai sebab beliau sendiri ketika memberikan komen sebegitu. Sama-sama nantikan penjelasan Caprice pula, tidak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja kan?


31 responses to “Didakwa Lakukan Buli Siber, Netizen Hilang Hormat Pada Caprice?”

  1. Wadafarkk says:

    Akhirnya masyarakat nampak betapa poyo nya mamat ni. Mula2 suka dia sejak dia suka nk menyampaikan ajaran agama ni. Tp aku mula naik menyampah bila dia dah konon UP, mula la bila berjalan bila jumpa fans kat Uni mana2 pehhhh jalan nak masuk venue dgn bodyguard berlambak kiri kanan mengalahkan JayZ dgn hidung meninggi gitu aku dah mula pikir mengarut ah mamat nih. And pastu backup si lopak buat event kt zouk tu. Dah terang2 sbb lopak bg dia job dan ex gf dia (sila google), tu yg backup. Nampak na backup tak ikhlas. After that sorry bro. Tade hal bro. Gua terus block lu. Supaya gua x mencarut lu. Sekali tetiba kuar lak story ni n masyarakat sendiri dah nampak betapa poyo nya lu. Lu dgn lopak mmg sepadan. Dua2 berlagak baguih. Haktuihhhhh.

  2. Anonymous says:

    Macai Umno..biasa la.

  3. Minah says:

    Dekat ig dia, selalu post comments orang2 yg against dia. Nak suruh followers dia bash la tu. Siap letak ig org tu lagi untuk perli2. Kata against cyber bullying. Apa yang dia buat tu exactly cyber bully. Pathetic guy.

  4. melati says:

    cam Kimak tu jrr wakakakakaa

  5. Aku says:

    Sy pun tak pernah minat ke dia ni.. Jangankan dia, lagu dia pun sy tak minat. Dr dia mula kondemkan isu Fathia lagi. Asal jer retis buat salah, akan nampak mamat ni kondemkan retis tu walhal dia tu kena la bagi motivation dekat retis yg buat salah ni kan.. Ni dok ikut hentam jgk. Entah apa yg selayaknya dia ni jd motivation dekat masyarakat????

Loading...