June 13th, 2018

Penyanyi rap Caprice yang cukup terkenal dengan tagline ‘Bang, Bang’ antara selebriti yang peka dengan isu semasa dan sering meluahkan pendapat beliau dengan cara yang bersahaja menerusi video di Instagram. Aktif memberikan ceramah berunsur motivasi di sekolah-sekolah dan universiti, Caprice kini menjadi sumber inspirasi dan idola ramai.

Namun, baru-baru ini timbul isu mengenai Caprice yang tidak keluar mengundi pada PRU14 lalu. Netizen menyifatkan beliau hanya pandai berkata-kata di media sosial sahaja ataupun dalam erti kata lain hanya beromong kosong.

Menerima pelbagai komen daripada netizen, Caprice telah tampil membidas setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya, tetapi cara beliau itu agak kasar.

Ada yang mula mendakwa cara Caprice itu seakan mengamalkan buli siber sedangkan beliau dan beberapa selebriti lain terlibat dengan kempen menangani dan memerangi gejala buli siber. Rata-rata netizen sudah mula tidak gemar dan hilang hormat pada Caprice.


Kita pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan mungkin juga Caprice mempunyai sebab beliau sendiri ketika memberikan komen sebegitu. Sama-sama nantikan penjelasan Caprice pula, tidak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja kan?


31 responses to “Didakwa Lakukan Buli Siber, Netizen Hilang Hormat Pada Caprice?”

  1. kak kin says:

    dia ni siapa?

  2. Anonymous says:

    nila perangai netizen typical malay. ko sbuk kondem artis kat ig smpay diorg jdik depress tu boleh tp ble artis tu lawan balik ko ckp cyberbully. artis pn ad hati perasaan jugak. ko rase kalau diorg kne bash x rse tertekan ke. diorg kne diam je ea ble kne kutuk maki. cbe la be more open minded. kalau rse x ske jgn follow, kalau nyampah jgn tgk xya gatal kelentit nk komen hentam bagai. org tu x melenting kalau xde yg cucuk oii. caprice tu skdr share opinion dy mne yg baik amik mne x baik jgn amik. ko sakit aty sgt gn org tu pehal. spesis x ley tgk org lain lbh ea.

  3. Anonymous says:

    Satu lg sampah yg post benda nie.dah post pastu ayat kita pun tak tahu apa kes…hanat

  4. kiah propa says:

    satu-satunya artis yang aku blocked kat ig, rimas asyik naik kat explore ig aku. Hang cakap ka orang boleh tapi bila orang cakap kat hang meroyan kalah perempuan baru lepas pantang. nokharey.

Loading...