Didakwa Lakukan Amang S*ksual Bukan Fizikal Terhadap Remaja Perempuan, CEO Batu Mengaku Tak Bersalah

Trending

Didakwa Lakukan Amang S*ksual Bukan Fizikal Terhadap Remaja Perempuan, CEO Batu Mengaku Tak Bersalah

Pempengaruh terkenal, Muhammad Iqbal Muhammad Nor atau lebih dikenali sebagai CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun pada Mei lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin selepas pertuduhan dibacakan.

Advertisement

ceo batu

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan niat untuk dilihat oleh remaja perempuan berkenaan.

Berikutan pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohon kurangkan jumlah jamin

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, memohon agar mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Namun, peguam bela tertuduh, Mohd Aniq Rafih, memohon jumlah jaminan direndahkan kepada RM6,000, dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pempengaruh media sosial dan tidak mempunyai pendapatan tetap yang tinggi.

ceo batu

Tertuduh bekerja sebagai pempengaruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, pendapatan tertuduh terjejas memandangkan akaun media sosialnya disekat selain telefon pintarnya masih dalam rampasan polis.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh dengan beberapa syarat tambahan, termasuk perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 14 Ogos ini bagi proses serahan dokumen.

Terdahulu, media melaporkan CEO Batu telah ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja bawah umur.

Individu terbabit menjadi perhatian ramai selepas penyanyi dan pempengaruh Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej tidak senonoh yang didakwa dihantar oleh CEO berkenaan kepada mangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menurut Caprice, dia dihubungi oleh ibu kepada remaja tersebut yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pempengaruh terbabit.

Antara tangkap layar yang dikongsi termasuk mesej lucah serta gambar tidak senonoh yang dikatakan dihantar oleh CEO tersebut kepada remaja berkenaan, dengan alasan kononnya mahu menunjukkan parut pembedahan.

ceo batu
2025-05-23 10:00:49

"Sujud Pun Saya Sanggup" - CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Budak 'Under Age', Merayu Jangan Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...