Didakwa Kaya Kerana Jual Bayi, Abby Abadi Tampil Buka Mulut

Hiburan

Didakwa Kaya Kerana Jual Bayi, Abby Abadi Tampil Buka Mulut

Selepas wujud beberapa pihak tidak bertanggungjawab seakan mendakwa dirinya melakukan aktiviti menjual bayi kepada pasangan yang mahu mengambil anak angkat, pelakon Abby Abadi akui terkilan dengan segala andaian tersebut.

Advertisement

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu, beliau hanyalah skadar pengantara antara keluarga bayi dan keluarga angkat tanpa sebarang bayaran kepadanya.

“Saya uruskan untuk orang lain sebab bayi yang saya uruskan tu semua maknya cari saya untuk dibantu. Saya bantu semampunya. Kebanyakan dalam kesusahan, tak ada duit langsung. Saya dahulukan lagi duit saya. RM200, RM300, RM500, RM1,000. Yang bersalin pun ada yang pinjam duit saya sampai RM6,000, RM2,000. Janji nak bayar lepas serah bayi dekat mak pak angkat, hilang.”

Katanya, beliau ikhlas melaksanakan segala perkara itu, malah mendedahkan bukan caranya untuk membuka ain sesiapa.

“Macam-macam lagilah cerita tapi saya tak kongsi sebab sehabis baik tak nak aibkan sesiapa. Susah ke nak percaya ada yang boleh je bantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa? Korang ingat semua hati busuk macam korang yang syok bersembang membabi buta di forum.com tu.”

Bahkan, jelas Abby lagi, memang ada bayaran yang perlu ditanggung keluarga angkat, begitupun ia hanyalah untuk urusan bersalin ibu bayi berkenaan sahaja.

Jelas Abby lagi, memang ada bayaran yang perlu ditanggung keluarga angkat dalam urusan bersalin kerana ia merupakan prosedur yang perlu dilalui seseorang wanita yang ingin melahirkan anak, malah menegaskan ia bukanlah kes menjual bayi.

“Bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak bayilah. Dah mereka bersalin tu ingat main-main ke? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, RM15,000. Memang ada bil yang tinggi macam tu sebab tu saya cari yang mampu. Sejak dari awal saya memang jadi perantara dan duit apa pun tak lalu kat saya. Saya kenalkan sahaja dan terus mak pak angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya menjual bayi ni?”

Tidak berdiam di situ sahaja, Abby dikatakan tampil mendedahkan bukti pembayaran bil hospital yang dilihat mencecah lebih RM14,000 yang perlu ditanggungnya ketika mahu mengambil anak angkatnya, Maira Darda Farisa sebelum ini.

Namun begitu, Abby yang sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya pernah membantu lebih 30 keluarga yang tidak dikurniakan cahaya mata untuk mendapatkan anak angkat itu dilihat seakan terkilan apabila wujud segelintir pihak masih tidak serik membuat andaian bahawa kehidupan mewah yang dilaluinya kini merupakan hasil daripada kegiatan ‘menjual’ bayi.

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah! Berat tuduhan tu. Bila nak minta maaf tu? Tak nampak ke saya dan suami bekerja berniaga macam-macam. Ke sana sini sertai acara, berniaga dah macam peniaga pasar malam. Bulan-bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini, marah anak-anak supaya berjimat.”

Untuk rekod, hasil perkahwinan ketiganya bersama Faizal, Abby kini mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...