Tular sebentar di media sosial semalam apabila muncul dakwaan mengenai penyanyi Nora Ariffin yang katanya telah bernikah dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Perkara tersebut menjadi perbualan netizen apabila seorang pengguna media sosial Twitter tampil membuat kenyataan ucapan tahniah kepada dua figura tersebut kerana telah bergelar suami isteri.
“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor sekarang. I like..Aumm!!” tulis individu tersebut menerusi twit tersebut.
Enggan mengeruhkan keadaan, anak sulung Nora iaitu Mohd Syakir Iman Johan tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi hantaran twitternya.
To all lawyers, is this considered as FITNAH? Just asking for a family member. If @zack_rockstar is saying that Tan Sri @AnnuarMusa married Datuk Nora, please give proofs or memang kerja dia reka fitnah murahan. https://t.co/a1Bh1jDdxo
— – ????? ???? – (@itsMoshmellow) April 28, 2021
“Jika pengguna itu menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, tolong kemukakan bukti atau memang kerja dia reka fitnah murahan.”
Tegas Syakir, dia menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan individu tersebut terhadap ibunya.
View this post on Instagram
Sehingga kini, masih tiada kenyataan daripada mulut Nora sendiri berhubung isu tersebut.