Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bengang dikaitkan dengan golongan illuminati oleh sekumpulan penganut teori konspirasi gara-gara mengalami lebam pada bahagian muka kerana bermain papan selaju.
Terdahulu, lebam pada muka Naim disamakan seperti menjual jiwa kepada syaitan dikenali sebagai upacara ritual ‘soul scalping‘, manakala, kecederaan pada tangan kanan mempunyai kaitan dengan ‘the hidden hands’.
Sehubungan itu, Naim, 24, memutuskan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Subang atas tuduhan berat itu yang telah menjejaskan reputasinya dan menyebabkan fitnah berlarutan.
Ini kali pertama saya buat laporan polis. Orang yang kenal saya tahu, saya jenis tak suka melayan.
Menurut penyanyi lagu Sumpah itu, tuduhan itu amat memalukan dirinya dalam media sosial dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataan berunsur fitnah itu mengganggu emosi dan kerjayanya.
Kali ini saya perlu ambil tindakan. Tapi sekarang saya dapat tahu akaun IG penganut teori konspirasi itu sudah tutup, tak tahulah takut atau mahu lari?
Sebelum ini, syarikat pengurusan Naim, World Peace Entertainment menegaskan Naim mengalami kecederaan akibat bermain papan luncur di Seksyen 13, Shah Alam. Kemalangan mengakibatkan lebam pada mata dan kecederaan di tangan kiri.