Salah satu artis yang sangat aktif dalam bidang perniagaan, Rozita Che Wan kini hadir dengan kolekis beg tangan jenamanya sendiri yang dijual dengan harga RM249. Memang gigih betul Che Ta mempromosikan koleksinya itu di akaun Instagram.
Bagaimanapun, ada pihak mendakwa Che Ta menggunakan keuntungan daripada jualan beg tersebut untuk membeli pula beg tangan berjenama mewah lain. Che Ta menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak dahulu lagi.
Hasrat Che Ta mengeluarkan beg tangan jenama sendiri adalah ingin kaum wanita diluar sana dapat bergaya dengan beg tangan berkualiti setaraf jenama antarabangsa pada harga mampu milik.
Kalau peminat tegar memang pasti akan dapatkan produk daripada artis pujaan mereka. Lepas ini, ramai lah yang boleh nampak ‘vogue’ macam Che Ta.

Liza
January 11, 2019 at 2:39 am
Tak nak kommen ttg bag cik ta , tapi nak tanya pada sapa2 yang tahu , kenapa cik Ta selalu posing muka style sama je , maksud saya asyik posing muka pusing sebelah kiri saja . Kalau tak caya tengok gambar2 dia .
Anonymous
January 11, 2019 at 3:50 pm
selalu mkn leher ayam..kepala teleng..
Bundle Mania
January 10, 2019 at 6:32 pm
Alo alo dulu baju hang kat Tesco tu ..punya la teruk quality …
Krim kilometres
January 10, 2019 at 6:29 pm
Hari tu yg jual bitamin untuk budak budak dah untuk berapa juta ?
Anonymous
January 10, 2019 at 5:43 pm
konon nk support barangan buatan Malaysia.. tp mahal.. mcm jenama bj sekolah buatan Malaysia baru2 nie.. mahal gak.. cmana tu..
Anonymous
January 10, 2019 at 5:29 pm
Bukan terlalu mhl..tpi mahal sikit