Salah satu artis yang sangat aktif dalam bidang perniagaan, Rozita Che Wan kini hadir dengan kolekis beg tangan jenamanya sendiri yang dijual dengan harga RM249. Memang gigih betul Che Ta mempromosikan koleksinya itu di akaun Instagram.
Bagaimanapun, ada pihak mendakwa Che Ta menggunakan keuntungan daripada jualan beg tersebut untuk membeli pula beg tangan berjenama mewah lain. Che Ta menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak dahulu lagi.
Hasrat Che Ta mengeluarkan beg tangan jenama sendiri adalah ingin kaum wanita diluar sana dapat bergaya dengan beg tangan berkualiti setaraf jenama antarabangsa pada harga mampu milik.
Kalau peminat tegar memang pasti akan dapatkan produk daripada artis pujaan mereka. Lepas ini, ramai lah yang boleh nampak ‘vogue’ macam Che Ta.