September 11th, 2020

Meskipun baru sahaja menceburi bidang perusahaan pakaian terpakai (bundle) dan ‘vintage’, penyanyi, Adira Suhaimi telah pun terpalit cerita kurang enak apabila dikatakan menjual pakaian tiruan.

adira jual baju iron maiden fake

Bagaimanapun, enggan biarkan kisah itu berpanjangan, penyanyi yang popular menerusi lagu “Ilusi” itu tampil menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, beliau tidak tahu bahawa baju tersebut merupakan jenama tiruan kerana tiada penerangan yang jelas daripada pemilik sebelumnya.

Didakwa Jual Baju Iron Maiden Tiruan, Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

“Baju Iron Maiden yang viral tu, sebenarnya sis kurang pasti yang baju itu fake tetapi sis beli baju itu walaupun bukan original dengan niat untuk simpanan sendiri. Saya juga dah minta penjelasan daripada penjual dan dia dah terangkan. Kami berdamai, aman sahaja tiada bergaduh.”

Kenyataan itu dikongsi sendiri oleh Adira menerusi sesi Facebook Live miliknya. Dedahnya lagi, beliau juga turut berharap agar diberi peluang untuknya mempelajari selok belok perusahaan bundle dengan lebih mendalam pada masa akan datang.

“Saya sedai belajar dan ingin tahu lebih mendalam mengenai baju-baju bundle ini. Saya bukan main-main. Bagi saya peluang dan masa untuk belajar semua perkara.”

Didakwa Jual Baju Iron Maiden Tiruan, Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

Sekadar informasi, Adira sebelum ini mendedahkan beliau dan suami, Dato Red telah sah bernikah dengan hanya sekali lafaz di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 berwakil wali hakim. Malah Adira memaklumkan beliau telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000 tunai.

Sumber: Cari Forum


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...