Usahawan Malaysia, Vie Shantie Khan, tampil menjelaskan status sebenar susulan dakwaan tular kononnya beliau berkahwin dengan Gabenor Aceh sebagai isteri kedua.
Kekeliruan itu tercetus selepas beberapa poster dan gambar memaparkan Vie Shantie bersama Gabenor Aceh tersebar di media sosial, sekali gus mengundang salah faham dalam kalangan netizen yang mengaitkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Bagaimanapun, Vie Shantie menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Menurutnya, kehadiran beliau dalam majlis berkenaan adalah bagi meraikan penyatuan dua keluarga, bukan perkahwinannya sendiri.
Jelas usahawan itu lagi, majlis tersebut sebenarnya melibatkan perkahwinan anaknya, dan bukannya seperti yang disalah tafsir oleh orang ramai.

Bagi menamatkan spekulasi, Vie Shantie turut memuat naik foto bersama suami sebenar di Instagram, sekali gus menafikan segala dakwaan yang tersebar sebelum ini.
Penjelasan itu sedikit sebanyak meredakan kekeliruan netizen yang sebelum ini beranggapan poster serta visual tular tersebut menggambarkan perkahwinan baharu melibatkan dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
