April 27th, 2020

Sebelum ini, hangat di media sosial apabila viral video seorang pemandu yang didakwa artis popular mengingkari arahan PKP. Malah, pemandu berkenaan memberi alasan tidak tahu mengenai arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen sebagai bukti mendakwa duduk di tempat tersebut.

fikry ibrahim ingkar pkp

Rata-rata netizen mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim. Terbaru, selepas lama berdiam diri akhirnya pelakon itu mengakui di adalah individu yang diminta untuk membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fikry memberitahu dia tidak membuat sebarang kesalahan dan melanggar arahan PKP. Jelasnya, dia hanya keluar membeli barang keperluan dan masih lagi dalam kawasan radius 10 kilometer.

Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakam ketika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu.

fikry ibrahim ingkar pkp

Dalam pada itu, Fikry berkata dia tidak rasa kecewa kerana dituduh dan dikecam netizen di laman sosialnya di atas tindakannya kerana memahami ketika itu ramai orang dalam keadaan tekanan.

Terdahulu, di dalam video tersebut wajahnya tidak kelihatan kerana memaki topeng, namun,  rata-rata netizen spekulasi sememangnya lelaki itu adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara. Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.

Sumber Berita : mStar Online


One response to “Didakwa Ingkar PKP & Ditahan Ketika ‘Roadblock’, Ini Penjelasan Fikry Ibrahim”

  1. Anonymous says:

    No komen…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...