Didakwa Hina Wanita, Pantun Dewan Bahasa Dan Pustaka Ini Cetus ‘Perang’ Di Media Sosial

Trending

Didakwa Hina Wanita, Pantun Dewan Bahasa Dan Pustaka Ini Cetus ‘Perang’ Di Media Sosial

Bertindak memuat naik satu pantun di laman Twitter, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu sebuah institusi yang bertanggungjawab menghidupkan bahasa di Malaysia kini mencuri tumpuan netizen.

Menerusi tinjauan di laman berkenaan, rata-rata warganet menganggap pantun tersebut bukanlah seksis dan cuba untuk merendahkan kaum wanita seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Advertisement

Advertisement

Namun begitu, pantun ini turut difahamkan mendapat perhatian Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar dan badan bukan kerajaan, All Women’s Action Society (AWAM) yang mempelawa DBP untuk hadir ke kelas bagi mempelajari lebih banyak berkenaan jantina.

Selepas pihak DBP menerima kecaman hebat daripada pengguna laman tersebut, beberapa individu dilihat tampil membetulkan keadaan dan menjelaskan bahawa pantun tersebut tidak wajar diterjemahkan secara terus, namun ia perlu difahami bersama dengan maksud yang tersirat.

Advertisement

Secara ringkasnya, terdapat pelbagai fahaman yang timbul berikutan tweet tersebut, bagaimanapun, ramai juga yang beranggapan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penuh dengan kiasan dan budi bicara. Sekiranya apa yang diambil hanya di permukaan, maka akan terlepaslah apa yang terkandung di dalamnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...