Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Hina Orang Tinggal Di Setinggan, Syifa Melvin Mohon Maaf

syifa melvin

Minggu lalu, nama pelakon baru Syifa Melvin cukup hangat diperkatakan. Belum reda dengan isu dia dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum, dia juga telah membangkitkan kemarahan netizen apabila mengeluarkan kenyataan didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.

syifa melvin

Advertisement

Enggan terus mengeruhkan keadaan, Syifa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya dan berkata kenyataannya itu sudah disalah erti oleh netizen.

Menurut Syifa, tidak mungkin dia akan menghina golongan tidak berkemampuan kerana dia juga bukan dari keluarga kaya.

Terdahulu, menerusi video yang viral di laman Twitter, Syifa ketika mempromosikan sebuah koleksi turban eksklusif  sambil seorang rakan sedang menggayakan produk itu untuknya berkata, sesiapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan  PPRT.

Rata-rata netizen bengang dengan kata-kata Syifa yang disifatkan biadab kerana merendahkan golongan yang tidak berkemampuan. Ada juga yang mengkritik sikap bongkaknya. Memang tidak bermoral sungguh perbuatan mengutuk orang tinggal di setinggan kerana rata-rata rakyat Malaysia satu ketika dahulu memang membesar di setinggan, dan bukanlah berkemampuan hidup terus kaya raya seperti keluarga orang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. greeinny

    March 9, 2020 at 3:39 pm

    tgk video NJie blh tau la ko tergelak terus tuu sebab apa..aku lahir n membesar dari setinggn now ke pprt tau..ramai org yg kl born dari setinggarden tau .ko dari mana ehh

  2. sepak jgk ko ni

    March 9, 2020 at 2:19 pm

    perumpamaan lain. dia ni celah mne gune perumpamaan nye??ckp pprt n setinggan trus gelak2! tu binatang ape nk pggil? simpulan bahasa?? ko kne phm mksud mnghina tu ape!

  3. Anonymous

    March 9, 2020 at 2:05 pm

    Senang ja minta maaf… Suci la kunun.. Ingat skit hg buk

  4. lily

    March 9, 2020 at 1:04 pm

    adik-beradik sama mulut longkang..aku x terima pun permohonan maaf ko tu..org pulak ki tuduh fitnah ko

  5. bella

    March 9, 2020 at 12:41 pm

    biadap ar mulot ko ni..patot mak safawi tak bekenan dgn ko..mulot mcm longkang!!!!!!!

Loading...
To Top