Didakwa Hina Orang Tinggal Di Setinggan, Syifa Melvin Mohon Maaf

Hiburan

Didakwa Hina Orang Tinggal Di Setinggan, Syifa Melvin Mohon Maaf

Minggu lalu, nama pelakon baru Syifa Melvin cukup hangat diperkatakan. Belum reda dengan isu dia dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum, dia juga telah membangkitkan kemarahan netizen apabila mengeluarkan kenyataan didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.

syifa melvin

Advertisement

Enggan terus mengeruhkan keadaan, Syifa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya dan berkata kenyataannya itu sudah disalah erti oleh netizen.

Menurut Syifa, tidak mungkin dia akan menghina golongan tidak berkemampuan kerana dia juga bukan dari keluarga kaya.

Terdahulu, menerusi video yang viral di laman Twitter, Syifa ketika mempromosikan sebuah koleksi turban eksklusif  sambil seorang rakan sedang menggayakan produk itu untuknya berkata, sesiapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan  PPRT.

Rata-rata netizen bengang dengan kata-kata Syifa yang disifatkan biadab kerana merendahkan golongan yang tidak berkemampuan. Ada juga yang mengkritik sikap bongkaknya. Memang tidak bermoral sungguh perbuatan mengutuk orang tinggal di setinggan kerana rata-rata rakyat Malaysia satu ketika dahulu memang membesar di setinggan, dan bukanlah berkemampuan hidup terus kaya raya seperti keluarga orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...