Didakwa Hari Ini Atas Kesalahan Buat Laporan Palsu Kereta Terjunam, Ramai Minta Ikon Permotoran Dipenjarakan – “Menyusahkan Banyak Pihak!

Berita

Didakwa Hari Ini Atas Kesalahan Buat Laporan Palsu Kereta Terjunam, Ramai Minta Ikon Permotoran Dipenjarakan – “Menyusahkan Banyak Pihak!

Berhubung kes laporan palsu sebuah kereta terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, dua orang adik-beradik iaitu pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30 dilihat berada di Mahkamah Majistret Muar, pagi tadi.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh pihak Bernama, Ija dan adiknya dilihat memakai mask sambil berjalan masuk ke dalam mahkamah diiringi oleh seorang pegawai polis.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Difahamkan, kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, warganet rata-ratanya meluahkan rasa marah dan berharap agar dua individu dikenakan hukuman yang setimpal seperti dipenjara kerana telah menyusahkan ramai pihak.

komen

Sekadar info, tular berita mengenai seorang peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan didakwa hilang pada 15 Julai lalu, selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.

Kawan Ija luah rasa kesal
2025-07-19 18:12:14

"Cari Kau 4 KM Dalam Ladang Kelapa Sawit, Sampai Keluar Air Mata Jantan" - Kawan Baik Ija Nizarudin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...