Didakwa Guna Isu Fauziah Nawi Tarik Diri Ketika Penggambaran Untuk Publisiti, Tya Arifin Perjelas Hal Sebenar

Hiburan

Didakwa Guna Isu Fauziah Nawi Tarik Diri Ketika Penggambaran Untuk Publisiti, Tya Arifin Perjelas Hal Sebenar

Baru-baru ini kecoh apabila terdapat khabar angin mengenai Fauziah Nawi dikatakan cuba membatalkan kontrak lakonan untuk sebuah drama pendek dengan selebriti dan juga usahawan Tya Arifin.

Kisah bermula apabila individu di Twitter itu menceritakan bahawa pelakon veteran tersebut yang sudah bersetuju dengan segala syarat dan bayaran tiba-tiba mahu menarik diri semasa penggambaran promosi untuk hari raya itu sedang dijalankan.

Advertisement

Katanya, ia berpunca apabila Fauziah Nawi menyangka bahawa produksi berkenaan adalah untuk sebuah projek universiti.

fauziah nawi dan tya arifin

Disebabkan oleh pendedahan tersebut, ramai yang menunding jari mengatakan bahawa pelakon wanita itu sepertinya tidak profesional dalam menjalankan tugasnya. Tak kurang juga, ada yang mengatakan semua ini hanyalah taktik pemasaran daripada pihak Tya sendiri bagi menarik perhatian ramai.

Selepas pelbagai spekulasi yang timbul, Tya akhirnya tampil bagi menjelaskan sendiri kebenaran di sebalik insiden tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Jelas usahawan wanita itu, perkara tersebut hanyalah salah faham dan kesilapan komunikasi di antara pihaknya dan juga Fauziah Nawi.

“Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu. Berikutan video yang tular di TikTok ataupun Twitter menjawab isu yang berlaku, Tya nak jelaskan persoalan ini karna kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.”

Menurut Tya, walaupun sudah bersetuju dengan segala sayarat pada awalnya namun timbul masalah ketika di set penggambaran drama pendek tersebut.

Menyangkakan bahawa ia adalah projek universiti, usahawan itu kemudiannya menjelaskan mengenai Mutyara dan produknya bagi meleraikan salah faham pelakon veteran itu. Kemudian, mereka turut berunding mengenai hal bayaran sekali lagi.

Bagi melancarkan proses penggambaran, kedua pihak bersetuju dengan kadar bayaran baru dan penggambaran diteruskan tanpa sebarang masalah kemudiannya.

“Namun lepas diberitahu tentang kempen Mutyara, dan tahu tentang Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran. Di akhir perbincangan, pihak Tya & team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta, supaya kami bisa meneruskan shooting pada hari tersebut kerana jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Malah Tya berbesar hati kerana dapat berlakon disamping pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi selain bersyukur kerana pelakon veteran itu memberikan kerjasama yang sangat baik.

Tya kemudiannya mengakhiri entri tersebut dengan permohonan maaf sekali lagi dan berharap agar ianya menjadi pengajaran buat semua.

Salah faham rupanya, mereka semua baik-baik sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...