Didakwa Guna Duit Sumbangan Banjir Beli Arak, Syed Saddiq Kata Parti Lain Sabotaj MUDA

Hiburan

Didakwa Guna Duit Sumbangan Banjir Beli Arak, Syed Saddiq Kata Parti Lain Sabotaj MUDA

Terbaharu, hangat di media sosial isu foto yang memaparkan beberapa individu memakai baju parti MUDA sedang ‘menikmati’ minuman beralkohol di sebuah meja.

Pengguna Twitter yang berkongsikan foto-foto terbabit mempersoalkan sikap setiap individu di dalam parti itu serta mendakwa mereka telah mengguna duit yang disumbangkan oleh orang ramai untuk mangsa-mangsa banjir.

Advertisement

Sedar akan posting yang tular itu, presiden MUDA iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman tampil membuat penjelasan di laman Facebook dengan mengatakan ianya sabotaj dari parti politik yang lain.

Menurut Syed Saddiq, hal seperti ini terjadi kerana terdapat pihak lain yang kurang senang dengan kerja MUDA dan mengatakan pertuduhan ini tidak masuk akal serta segala sumbangan yang diterima sudah sepenuhnya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut sempat mengajak orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut soal perbelanjaan MUDA untuk datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tak Ada Benda Lagi Bagus Ke Kamu Boleh Buat?" - Syed Saddiq Dikecam Pakai Kemeja Pergi Suntik Booster

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...