Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa kecewa apabila suaminya memfitnah dirinya menggugurkan kandungan yang berusia 14 minggu.
Bukan itu sahaja, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu kesal apabila prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Saya ingatkan hari ni semuanya akan selesai. Saya pun dah sedia untuk jalankan perbicaraan tapi pihak sana minta penangguhan. Jadi, saya pun agak terkejut.
Semua dah maklum saya keguguran, netizen pun tanya siapa yang fitnah saya, tapi bukan netizen, sebaliknya yang fitnah saya orang yang mengaku buat perkara demikian (Hafidz).
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia enggan memanjangkan lagi isu ini kerana sudah reda dengan takdir dan hanya berserah kepada tuhan.
Takkanlah saya yang nak gugurkan. Saya yang mengandung bayi ni dalam rahim saya, anak-anak saya pun dah bagi nama pada saya iaitu Uwais.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shuhada memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan memandangkan dia belum memberi kenyataan kepada pihak polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.