Didakwa Ganggu Siasatan Inkues Zara Qairina, Mona Din Diberi Notis Tunjuk Sebab

Hiburan

Didakwa Ganggu Siasatan Inkues Zara Qairina, Mona Din Diberi Notis Tunjuk Sebab

Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menyampaikan notis tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din, yang lebih dikenali sebagai Mona Din, berhubung hantaran beliau mengenai inkues Zara Qairina yang sedang berlangsung di Sabah.

Menurut kenyataan AGC, notis tersebut disampaikan kepada Mona Din pada hari Rabu (10 Sept) selaras dengan Order 52 Rule 2B, Rules of Court 2012.

Advertisement

Notis show cause itu berkaitan dengan hantaran Mona Din di Facebook mengenai inkues tersebut yang dimuat naik pada Khamis lepas melalui akaun bernama “Mona Din”.

Pengeluaran notis ini adalah sebahagian daripada prosedur yang diperlukan untuk memulakan prosiding komital atas kesalahan contempt of court.

AGC memaklumkan bahawa hantaran Mona, antara lain, mempertikaikan keterangan saksi pakar Dr Jessie Hiu dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, dan ia berpotensi mempengaruhi persepsi orang ramai serta mengganggu prosiding inkues yang sedang berlangsung.

Jabatan ini juga ingin memaklumkan bahawa tindakan jenayah terhadap beberapa individu lain yang membuat kenyataan mengenai kes yang melibatkan Zara Qairina Mahathir, dan berpotensi mengganggu prosiding inkues, akan diambil dalam masa terdekat.

Jabatan ini memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan pentadbiran keadilan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan perlakuan sedemikian.

“Sehubungan itu, jabatan ini mengingatkan orang ramai untuk tidak memuat naik, mengulas, atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung,” tambah kenyataan itu. – The Star

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kubur Zara Qairina digali semula
2025-09-10 15:28:08

Kes Zara Qairina: Pengawal Keselamatan Dedah Arwah Ditemukan Dalam Longkang, Tengkuk Berdarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...