Didakwa Gagal Menjalankan Tugas Dalam Mengagihkan Royalti Ahli RPM, Datuk Sheila Majid Enggan Ulas Lanjut

Hiburan

Didakwa Gagal Menjalankan Tugas Dalam Mengagihkan Royalti Ahli RPM, Datuk Sheila Majid Enggan Ulas Lanjut

Selepas dihimpit kontroversi desakan meletakkan jawatan atas dakwaan gagal menyelesaikan isu agihan royalti ahli, yang diperkatakan sejak minggu lalu, Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid yang telah mengetuai RPM sejak 2012 itu akui dirinya akan mengeluarkan kenyataan selepas siasatan selesai.

Sheila majid rpm

Advertisement

Menurut Sheila, beliau lebih selesa untuk  ‘mengunci mulut’ sahaja kerana tidak mahu mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejak beberapa hari lalu.

“Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segala maklumat serta dokumen berkaitan yang diminta, sudah diserahkan. Jika ada perkara berbangkit yang menuntut penjelasan lanjut, mereka akan menghubungi saya.

Sheila majid rpm

Ujarnya lagi, beliau kini masih belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang isu terbabit.

“Sekarang, saya hanya menunggu tindakan lanjut mereka (SPRM). Hanya selepas siasatan selesai, barulah saya bersedia mengulas segala kemelut yang berlaku.”

Terdahulu, industri seni seakan kecoh apabila Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendakwa Sheila gagal dalam menjalankan tugas dalam mengagihkan royalti ahli RPM.

Sheila majid rpm

Rentetan itu, hal terbabit dilihat makin keruh apabila SPRM juga tidak ketinggalan mencampuri urusan tersebut dengan menyiasat tiga badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM.

Menurut laporan BH Online, operasi dilaksanakan berdasarkan laporan dikemukakan Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...