Didakwa Didera & Hidup ‘Naif’ Ketika Bersama Dengan Arwah Suhaimi Saad, Ini Jawab Ina Naim – “Yang Penting Kejujuran..”

Trending

Didakwa Didera & Hidup ‘Naif’ Ketika Bersama Dengan Arwah Suhaimi Saad, Ini Jawab Ina Naim – “Yang Penting Kejujuran..”

Baru-baru ini, nama Ina Naim kembali menjadi perhatian ramai selepas dirinya muncul dalam video TikTok usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Didakwa didera dan hidup ‘naif’ ketika bersama dengan arwah Suhaimi

Dalam video tersebut, Aliff telah bertanya kepada Ina sama ada dakwaan mengenai dirinya didera dan hidup ‘naif’ ketika bergelar isteri penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad benar ataupun tidak.

Advertisement

Menjawab dakwaan tersebut, wanita itu menafikannya dan menjelaskan bahawa ketiadaan peti ais bukanlah satu isu yang besar kerana dia kerap membeli barangan segar di pasar setiap hari.

‘Televisyen tak penting tapi kejujuran, kasih sayang..”

Baginya, keperluan rumah tangga bukan sekadar bergantung pada kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh atau televisyen tetapi kasih sayang, kejujuran dan sikap bertolak ansur yang perlu diterapkan dalam hubungan suami isteri.

Bagi saya, peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Ina yang bersederhana dalam kehidupan dan merasakan pandangan Ina mencerminkan nilai sebenar kebahagian dalam rumah tangga.

1 month ago

Ina Naim Muncul Dalam Video Bersama Aliff Syukri, Ada Yang Bimbang Hanyut Dengan Dunia Glamor - "Sikit Sikit Bolehlah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...