Tiada angin, tiada ribut nama pempengaruh content memasak terkenal dengan 1 juta pengikut tular gara-gara dakwaan berkaitan penderaan.
Satu akaun di Threads yang dipercayai dicipta untuk menyebarkan dakwaan ini telah membuat pelbagai hantaran dan mendakwa pempengaruh tersebut telah mendera anak tunggal lelakinya secara mental dan fizikal.
Anak lelakinya itu, juga merupakan seorang pencipta kandungan masakan telah mendapat simpati netizen selepas akaun terbabit turut memuat naik video.
Akaun tersebut turut mendakwa bahawa anak lelaki itu dipaksa untuk menanggung perbelanjaan keluarga termasuklah lifestyle ibu bapanya yang sering melancong ke luar negara.
Menerusi video itu, boleh didengari suara seorang lelaki seperti sedang mempertahankan dirinya daripada dua individu iaitu ibu dan bapanya. Turut kedengaran aksi seperti si ibu mengasari anaknya dan dibiarkan sahaja oleh si bapa.
Hanya melalui suara, netizen mula membuat spekulasi dan menyebut nama pempengaruh dikenali sebagai Adikfoods dan anak lelakinya, Afiq Rahim.
Bagaimanapun, akaun tersebut telah pun dipadam dan Adikfoods yang menyedari namanya telah disebut-sebut juga sudah tampil mengeluarkan kenyataannya.
Saya menyatakan bahawa segala kenyataan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
Tambahnya, dia mempunyai bukti-bukti yang cukup kuat untuk menyebelahinya selain turut memaklumkan laporan polis telah dibuat bagi mengambil tindakan berasaskan undang-undang.
View this post on Instagram
Setakat ini, tiada lagi kenyataan dikeluarkan daripada pihak Afiq Rahim dan ramai pengikut kedua-dua pempengaruh tersebut tidak menyangka tentang apa yang berlaku, sekiranya ia benar.
Bagaimanapun, ramai mendoakan agar kebenaran terbongkar dan urusan dua beranak tersebut dipermudah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.