June 18th, 2017

Gara-gara menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa Datuk Aliff Syukri melakukan penderaan terhadap kucing peliharaannya, Dodi, rumah Datuk Aliff Syukri telah diserbu oleh Jabatan Perhilitan dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinan, mereka mengambil masa kira-kira satu jam untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi. Walaubagaimanapun, mereka mendapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucing beliau.

Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut.

Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik.

Dalam pada itu, Datuk Aliff meluahkan rasa terkilan dengan laporan palsu yang dibuat terhadap dirinya dan mengakui terkejut degan serbuan yang dilakukan. Namun, pada masa yang sama beliau merasa syukur kerana akhirnya beliau dibuktikan tidak bersalah atas segala dakwaan yang mengatakan beliau mendera Dodi.

Sumber Berita : Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...