February 27th, 2019

Berita kecurangan Aliff Azizi buat kali kedua hari ini menggemparkan seluruh media sosial. Isterinya, Bella Astillah mendedahkan suaminya itu sudah seminggu tidak balik ke rumah dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose.

Bella juga berkata ia bukan tuduhan semata-mata dan mempunyai bukti video Aliff dan Oktovia menari sakan.

Dikala pelbagai spekulasi mula tercetus, Aliff bagaimanapun belum bersedia untuk tampil memberikan sebarang komen mengenai isu beliau curang buat kali kedua.

Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu, Aliff pernah ‘kantoi’ bermesra dan berdua-duaan dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke. Namun, demi rasa kasih serta cinta dan juga anak sulung mereka, Bella membuat keputusan untuk memaafkan suaminya itu.  Aliff juga pernah berjanji tidak akan menyakiti hati isterinya lagi dan akan berusaha menjadi seorang suami dan bapa yang baik.

Sumber Berita : Harian Metro


46 responses to “Didakwa Curang Kali Kedua : Aliff Aziz Belum Sedia Berikan Komen”

  1. Anonymous says:

    tu laa dulu siap buat talk pasal perampas…
    skrg makin kantoi laki sendiri jenis tak setia & curang… sok2 baik balik g getting meroyan pasal baju nipis2 jer…
    bertepuk sebelah tgn xkan jadi ler.. aliff tu memang gatal..

  2. Ko ni.. says:

    Aliff,u shud learn more dr aaron aziz.mmat tu brgnda2 hensem dr ko.ni bru 2-3 drama snang sgt sngkut dgn pompuan.aaron tu mcm2 hroin da brlkon tp x pnah klur yg bkan2 psl dia.

  3. Anonymous says:

    Bella ni IQ berapa ye? Humban je!!!!

  4. Anonymous says:

    Dedua octopus dengan alip tu salah. Tapi Bella you know your husband punya history macam mana. Kitorang netizen yang bukan spouse dia pun tau. So fikirkan la the next step sebaik mungkin.

  5. wekkkkkkk says:

    malas nk komen, masalah rmhtangga perkara biasa. Yg luarbiasa perangainya harus ditinggalkan.

Loading...