Tersebar khabar angin mengatakan model dan ratu cantik Nadira Isaac menjadi punca perceraiannya bersama Dr. Jezamine, pelawak Harith Iskander tampil menjawab dakwaan itu.
Gosip semata-mata
Katanya, perkara itu adalah gosip semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai dan dia sendiri tidak tahu tentang dakwaan tersebut sehingga diberitahu bekas isterinya.
Ikhlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian.
Harith juga berpendapat bahawa spekulasi dan gosip sebegitu hanya akan ‘panas’ serta menjadi bualan ramai buat seketika sahaja.
Bagi saya benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudian ‘mati’ (gosip) terus.
Dr Jezamine enggan ada kaitan
Sementara itu, Dr. Jezamine berkata model tersebut adalah kenalannya dan menafikan Nadira adalah punca perceraiannya dengan Harith.
Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Pada saya, bila isu dapat perhatian media, ramai yang nak ambil kesempatan. Jadi, sekarang saya dah tahu siapa kawan sebenarnya dan siapa yang mahu raih perhatian media.
Ditanya jika Nadira ada menghubunginya selepas perceraiannya, Dr Jezamine berkata dia dan Harith enggan berhubung serta mempunyai hubungan dengan individu yang memberikan aura negatif kepadanya.
Kalau kita tahu seseorang itu begitu (negatif), lebih baik jauh saja dari mereka.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nadira turut menafikan spekulasi bahawa dia menjalinkan hubungan dan berkata dia tiada kaitan dengan perceraian pasangan terbabit.